Saturday 30 April 2011

Kelas Periklanan Elektronik

Sejak Minggu yang Pertama sehingga Minggu yang Terakhir pembelajaran kami, saya telah banyak menimba pelbagai jenis pengetahuan yang amat menarik serta bermanfaat yang dapat digunakan apabila saya telah tamat pengajian semasa alam pekerjaan nanti.Kelas Periklanan Elektronik yang banyak membantu saya mengenali dunia media dengan lebih mendalam serta keperluan-keperluan yang harus dititikberatkan semasa menghasilkan sesuatu iklan mahupun melalui media-media seperti Televisyen,Radio,Internet ataupun menggunakan media bercetak seperti Suratkhabar,Majalah dan lain-lain lagi.Kelas ini dikendalikan oleh Pn.Nurin dan beliau banyak memberikan kami tunjuk ajar yang berguna sepanjang tempoh pengajaran, dan apa yang sangat menarik di sini ialah tugasan kumpulan yang diberikan kepada kami amat mencabar dan banyak memberikan informasi kepada saya dalam menghasilkan sesebuah iklan menggunakan media seperti jaringan sosial" Facebook" serta dalam penghasilan " Flyers".Tugasan ini dapat mencetus kreativiti serta mencungkil bakat-bakat kami untuk menghasilkan yang terbaik kepada syarikat RAFA GREEN Sdn Bhd.Di samping itu juga, sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, saya dapat mempelajari banyak ilmu tentang dunia periklanan serta ciri-ciri yang diperlukan untuk menerbitkan iklan yang luar biasa.Pn.Nurin telah banyak memberikan kami sokongon serta tunjuk ajar dan juga memberikan kami banyak dorongon semasa kami membentangkan hasil tugasan kami.Komen yang diberikan beliau amatlah dihargai.Akhir sekali,Kelas Periklanan Elektronik telah banyak membuahkan hasil kepada saya untuk dipratikkan semasa masa akan datang.Sekian Terima Kasih dan Salam.




Friday 29 April 2011

Kelas Periklanan Elektronik

      Salam sejahtera, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pn.nurin yang memeberi banyak pengajaran dan pengetahuan tentang subjek ini. Kelas sangat menyeronokkan dan tidak membosankan kami dengan memberi pengajaran dengan kaedah yang berkesan kepada kami seperti penjelasan, slide dan contoh yang senang supaya kami senang mengingatkannya. Selain itu, Pn.Nurin banyak mengajar kami tentang periklanan iklan seperti jenis iklan, warna contrast, maklumat yang ingin diberikan  oleh sesuatu periklanan dan sebagainya . Sebelum ini saya tidak tahu tentang perkara ini,. Tambahan pula kelas ini gabungan pelajar marketing dan pelajar communication, daripada kami dapat menjalin hubungan yang rapat dengan pelajar marketing melalui tugasan kumpulan.
      Dalam setiap satu kuliah kami mendapat maklumat baru, jika saya terlepas satu kuliah saya rasa macam banyak maklumat saya terlepas pada minggu tersebut. subjek ini banyak menolong kami semasa kami berkerja di sesuatu organisasi. Dalam subjek periklanan elektronik , semua pelajar dapat memberi tumpuan kerana Pn.Nurin meneggunakan kaedah pengajaran yangmenarik perhatian pelajar. terima kasih.

Monday 14 March 2011

Kriss Modenas 100cc ( Black )

Untuk saya memang motosikal saya adalah salah satu benda yang tidak boleh dipisahkan dari saya...Ini kerana, moto saya ini banyak membantu saya dalam banyak hal....Terutama sekali moto saya ini memudahkan saya untuk ulang alik ke kelas,dan saya tak payah jalan jauh jauh atau tunggu bas lama-lama...Kan mudah, tapi apa yang melucukan disini ialah saya tak dapat stiker moto dari pihak UK lagi...Bawa masuk moto saya secara tanpa kebenaran...hehehe..Tapi tak pe la..Masih selamat...Saya balik ke rumah saya pun dengan moto saya, walaupun moto saya tak lindung saya dari hujan dan panas namun saya masih sayang kat moto saya ini sebab dia membawa saya ke tempat yang saya nak pergi dengan selamat dan mudah.kalau tengok perkara yang saya tak boleh lupakan tentang moto saya ini ialah pada suatu petang saya park moto saya di suatu tempat dan lupakan tempat yang saya park tu, jadi lepasa saya habis beli makanan, saya nak balik rumah jadi saya pergi ke tempat tu,engok tengok moto saya tak ada, saya dah gelisah dan hampir menangis, tapi lepas seketika baru saya perasan tempat yang saya park lain,dan tempat yang saya tengah cari lain...Mujurlah,lepas tu saya check ke tempat yang lagi satu,moto saya ada di sana...baru lah lega...

Sunday 13 March 2011

NokiA eXpReSs 5800

Barang yang saya guna setiap hari adalah fon saya iaitu NOKIA EXPRESS 5800. Fon ini adalah hadiah daripada kawan pada tahun 2010 iaitu pada hari jadi saya. Dia memberi surprise dengan membawa saya ke kedai menjual hand fon dan dia suruh saya pilih fon mana yang saya suka dan dia terus membelikannya untuk saya. Saya tidak boleh hidup tanpa handfon saya kerana ini adalah teman baik saya. Lagipun fon ini adalah 8gb so saya boleh menyimpan banyak lagu dan video klip. So bila saya boring, fon adalah teman baik dengan mendengar lagu dan menengok video. Last time bila saya gaduh atau marah , saya suka mencampak atau membuang fon ke bawa untuk lepaskan geram. Banyak fon lama saya yang rosak dan pecah sebab ini. Tapi bagi ini, saya tak berani buat macam itu sebab saya sayang sangat kat hand fon ini.

kanaavashini (128860)