Saturday 30 April 2011

Kelas Periklanan Elektronik

Sejak Minggu yang Pertama sehingga Minggu yang Terakhir pembelajaran kami, saya telah banyak menimba pelbagai jenis pengetahuan yang amat menarik serta bermanfaat yang dapat digunakan apabila saya telah tamat pengajian semasa alam pekerjaan nanti.Kelas Periklanan Elektronik yang banyak membantu saya mengenali dunia media dengan lebih mendalam serta keperluan-keperluan yang harus dititikberatkan semasa menghasilkan sesuatu iklan mahupun melalui media-media seperti Televisyen,Radio,Internet ataupun menggunakan media bercetak seperti Suratkhabar,Majalah dan lain-lain lagi.Kelas ini dikendalikan oleh Pn.Nurin dan beliau banyak memberikan kami tunjuk ajar yang berguna sepanjang tempoh pengajaran, dan apa yang sangat menarik di sini ialah tugasan kumpulan yang diberikan kepada kami amat mencabar dan banyak memberikan informasi kepada saya dalam menghasilkan sesebuah iklan menggunakan media seperti jaringan sosial" Facebook" serta dalam penghasilan " Flyers".Tugasan ini dapat mencetus kreativiti serta mencungkil bakat-bakat kami untuk menghasilkan yang terbaik kepada syarikat RAFA GREEN Sdn Bhd.Di samping itu juga, sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, saya dapat mempelajari banyak ilmu tentang dunia periklanan serta ciri-ciri yang diperlukan untuk menerbitkan iklan yang luar biasa.Pn.Nurin telah banyak memberikan kami sokongon serta tunjuk ajar dan juga memberikan kami banyak dorongon semasa kami membentangkan hasil tugasan kami.Komen yang diberikan beliau amatlah dihargai.Akhir sekali,Kelas Periklanan Elektronik telah banyak membuahkan hasil kepada saya untuk dipratikkan semasa masa akan datang.Sekian Terima Kasih dan Salam.




No comments:

Post a Comment