Saturday 30 April 2011

Kelas Periklanan Elektronik

Sejak Minggu yang Pertama sehingga Minggu yang Terakhir pembelajaran kami, saya telah banyak menimba pelbagai jenis pengetahuan yang amat menarik serta bermanfaat yang dapat digunakan apabila saya telah tamat pengajian semasa alam pekerjaan nanti.Kelas Periklanan Elektronik yang banyak membantu saya mengenali dunia media dengan lebih mendalam serta keperluan-keperluan yang harus dititikberatkan semasa menghasilkan sesuatu iklan mahupun melalui media-media seperti Televisyen,Radio,Internet ataupun menggunakan media bercetak seperti Suratkhabar,Majalah dan lain-lain lagi.Kelas ini dikendalikan oleh Pn.Nurin dan beliau banyak memberikan kami tunjuk ajar yang berguna sepanjang tempoh pengajaran, dan apa yang sangat menarik di sini ialah tugasan kumpulan yang diberikan kepada kami amat mencabar dan banyak memberikan informasi kepada saya dalam menghasilkan sesebuah iklan menggunakan media seperti jaringan sosial" Facebook" serta dalam penghasilan " Flyers".Tugasan ini dapat mencetus kreativiti serta mencungkil bakat-bakat kami untuk menghasilkan yang terbaik kepada syarikat RAFA GREEN Sdn Bhd.Di samping itu juga, sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, saya dapat mempelajari banyak ilmu tentang dunia periklanan serta ciri-ciri yang diperlukan untuk menerbitkan iklan yang luar biasa.Pn.Nurin telah banyak memberikan kami sokongon serta tunjuk ajar dan juga memberikan kami banyak dorongon semasa kami membentangkan hasil tugasan kami.Komen yang diberikan beliau amatlah dihargai.Akhir sekali,Kelas Periklanan Elektronik telah banyak membuahkan hasil kepada saya untuk dipratikkan semasa masa akan datang.Sekian Terima Kasih dan Salam.




Friday 29 April 2011

Kelas Periklanan Elektronik

      Salam sejahtera, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pn.nurin yang memeberi banyak pengajaran dan pengetahuan tentang subjek ini. Kelas sangat menyeronokkan dan tidak membosankan kami dengan memberi pengajaran dengan kaedah yang berkesan kepada kami seperti penjelasan, slide dan contoh yang senang supaya kami senang mengingatkannya. Selain itu, Pn.Nurin banyak mengajar kami tentang periklanan iklan seperti jenis iklan, warna contrast, maklumat yang ingin diberikan  oleh sesuatu periklanan dan sebagainya . Sebelum ini saya tidak tahu tentang perkara ini,. Tambahan pula kelas ini gabungan pelajar marketing dan pelajar communication, daripada kami dapat menjalin hubungan yang rapat dengan pelajar marketing melalui tugasan kumpulan.
      Dalam setiap satu kuliah kami mendapat maklumat baru, jika saya terlepas satu kuliah saya rasa macam banyak maklumat saya terlepas pada minggu tersebut. subjek ini banyak menolong kami semasa kami berkerja di sesuatu organisasi. Dalam subjek periklanan elektronik , semua pelajar dapat memberi tumpuan kerana Pn.Nurin meneggunakan kaedah pengajaran yangmenarik perhatian pelajar. terima kasih.